awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan

Bernama
Bernama
30/08/2021
10:48 MYT
Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan
Datuk Seri Noraini Ahmad dan suami hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelantikan semula Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi dilihat mampu memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk meneruskan dasar-dasar yang telah diperkenalkannya sebelum ini.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyambut baik pelantikan semula itu bagi membolehkan segala perancangan berkaitan kebajikan mahasiswa serta mahasiswi diteruskan.
Yang Dipertua MPP UTM Wan Akmal Nazirah Wan Ubaidillah berkata pihaknya menyokong inisiatif Noraini dalam perkongsian pandangan mahasiswa menerusi perjumpaan serta mesyuarat bersama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan KPT.
"KPT di bawah pentadbiran beliau juga telah mewujudkan inisiatif-inisiatif yang memfokuskan isu kebajikan mahasiswa seperti Ops Penghantaran Pelajar Pulang, Bantuan Pelan Data dan Peranti IPT (Institut Pengajian Tinggi) serta Diskaun Tiket Penerbangan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Jemaah Kabinet Ismail Sabri selesai angkat sumpah
Kenyataan MPP UPSI pula memaklumkan sesi libat urus yang dilaksanakan oleh Noraini bagi mendengar pandangan dan cadangan barisan kepimpinan pelajar IPT telah membawa kepada pelaksanaan bantuan kebajikan seperti Foodbank Siswa.
"Keprihatinan Datuk Seri dalam menangani masalah mahasiswa berkaitan isu pandemik COVID-19 dapat mengurangkan beban kami semua.
"MPP UPSI yakin dan percaya bahawa Datuk Seri dapat menyelesaikan isu yang timbul dalam kalangan mahasiswa," menurut kenyataan itu.
MPP UMT dalam satu kenyataan turut berterima kasih kepada Noraini atas inisiatif pengurangan yuran mahasiswa yang dilaksanakan semasa pandemik COVID-19.
"Beliau telah menunjukkan kematangan dalam menempuh tempoh yang mencabar semasa menangani permasalahan mahasiswa di era pandemik COVID-19.
"Diharapkan dengan pelantikan semula YB Datuk Seri Dr Noraini dapat memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk merealisasikan dasar serta perancangan KPT dalam menjaga kebajikan mahasiswa sekali gus meneruskan kecemerlangan mahasiswa dalam era norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kabinet Ismail Sabri
#Menteri Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan