awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelapor Khas PBB iktiraf peranan Malaysia dalam isu hak asasi rakyat Myanmar - Wisma Putra

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/06/2022
10:51 MYT
Pelapor Khas PBB iktiraf peranan Malaysia dalam isu hak asasi rakyat Myanmar - Wisma Putra
Wisma Putra berkata, lawatan Andrews ke Malaysia antara 17 hingga 23 Jun itu antara lain bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam perspektif dan pendekatan Malaysia dan ASEAN mengenai situasi di Myanmar. - Twitter
PUTRAJAYA: Pelapor Khas di bawah Prosedur Khas Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Thomas Andrews telah mengiktiraf peranan Malaysia dalam isu berkaitan nasib rakyat di Myanmar.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut telah disampaikan oleh Andrews sendiri dalam sesi kunjung hormatnya ke atas Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, serta pegawai-pegawai kementerian.
Wisma Putra berkata, lawatan Andrews ke Malaysia antara 17 hingga 23 Jun itu antara lain bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam perspektif dan pendekatan Malaysia dan ASEAN mengenai situasi di Myanmar.
Press Release: Visit of the Special Rapporteur on the Human Rights Situation in Myanmar to Malaysia, 17-23 June 2022@saifuddinabd @KamarudinJaffar @amran_zin @CheongLL_WP @MYGenevaUN @JPenerangan @bernamadotcom pic.twitter.com/zpetZSwo3N
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) June 23, 2022
“Melalui lawatan ini, Pelapor Khas telah mengiktiraf peranan utama yang dimainkan oleh ASEAN, dan memuji kepimpinan yang ditunjukkan oleh YB Menteri Luar Negeri dan Malaysia dalam usaha ini.
“Pelapor Khas akan membentangkan satu laporan lisan mengenai lawatannya ke Malaysia di Sesi ke-50 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 29 Jun 2022. Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia adalah berkhidmat atas kapasiti peribadi,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam sidang media awal hari ini, Andrews berkata, pendirian kerajaan Malaysia dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah untuk ASEAN lebih tegas terhadap Myanmar, amat dialu-alukan.
“Malaysia bukan sahaja memahami keadaan ini, malah Menteri Saifuddin turut menggesa ASEAN untuk melihat semula pendirian dan dasar semasa mereka terhadap Myanmar. Menteri Saifuddin telah memanggil ASEAN untuk mengubah pendirian dari ‘non-interference’ kepada ‘non-indifference'.
“Kita semua sedia maklum mengenai lima perkara konsensus ASEAN. Dan Malaysia telah menyuarakan fakta bahawa selepas setahun, tiada apa yang berlaku, tetapi lebih ramai rakyat terbunuh dan dipaksa meninggalkan negara tersebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu Wisma Putra berkata, Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menerima lawatan Pelapor Khas tersebut.
Lawatan tersebut, jelas Kementerian lagi, mencerminkan komitmen Malaysia dalam mencari penyelesaian yang aman dan berkekalan kepada situasi di Myanmar termasuk krisis di Rakhine yang telah membawa kepada masalah pelarian terbesar di rantau ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Wisma Putra berkata, situasi di Myanmar juga adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kestabilan ASEAN.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Tom Andrews
#PBB
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan