awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan gaji penjawat awam Selangor ikut pengumuman Perdana Menteri - Amirudin

Bernama
Bernama
20/08/2024
11:16 MYT
Pelarasan gaji penjawat awam Selangor ikut pengumuman Perdana Menteri - Amirudin
Amirudin berucap ketika merasmikan Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Selangor 2035 (Penggantian) hari ini. - Foto Bernama
SABAK BERNAM: Pelaksanaan pelarasan gaji lebih 21,000 penjawat awam Selangor akan dilaksanakan secara berfasa seperti pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam negeri itu juga turut dibuat sama seperti yang dilaksanakan pada peringkat Persekutuan.
"Kadar dan kaedah (baharu kenaikan gaji penjawat awam Selangor) sama seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kita akan ikut kaedah Persekutuan. Kenaikan itu (dikuatkuasakan) pada Disember ini.
"Kita sedang kira impak tapi telah bersedia dengan kemungkinan (peningkatan) perbelanjaan. Kerajaan negeri juga (sedang meneliti) peruntukan tambahan yang diperlukan untuk membiayai peningkatan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Selangor 2025 (Penggantian) di sini hari ini.
Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 sebelum ini mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Perdana Menteri berkata pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 untuk Fasa 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarasan gaji
#penjawat awam Selangor
#Amirudin Shari
#pengumuman perdana menteri
#dilaksanakan secara berfasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan