awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB

Bernama
Bernama
17/01/2024
21:45 MYT
Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Dr Izani berkata, dalam tempoh 11 tahun sejak 2013, AKSB terpaksa menyerap segala kos operasi sehingga ke tahap yang sudah tidak mampu untuk menampungnya tanpa pelaksanaan pelarasan tarif baharu. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BHARU: Pelarasan tarif air yang berkuat kuasa pada 1 Feb dapat membantu kerja-kerja pembangunan, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air dengan lebih lancar dan sempurna seterusnya meningkatkan perkhidmatan air bersih di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan dan aduan berkaitan masalah bekalan air.
"Semakan pelarasan tarif bagi perkhidmatan air di Kelantan kali terakhir dibuat pada 2013.
"Dalam tempoh 11 tahun itu, kos operasi untuk memproses dan penghantaran air bersih kepada pengguna termasuk kos pembaikan, bahan kimia, gaji, elektrik dan sewa pajak untuk projek telah meningkat naik berkali ganda," katanya kepada Bernama, semalam.
Mengulas lanjut, Dr Izani yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata dalam tempoh itu juga, syarikat terbabit terpaksa menyerap segala kos tersebut dalam pengoperasian harian sehingga ke tahap yang sudah tidak mampu untuk menampung kos-kos tersebut tanpa pelaksanaan pelarasan tarif baharu.
"AKSB juga terpaksa menampung kos elektrik tambahan iaitu Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sejak 2022," katanya.
Jumlah akaun pengguna di Kelantan ialah 276,171 dengan 238,235 daripadanya adalah akaun domestik manakala selebihnya akaun komersial.
Sebelum ini bekas Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi memaklumkan berpandukan kepada Pelan Induk 2021-2030 sebanyak RM5.03 bilion diperlukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi program pengurusan air tidak terhasil (NRW) berjumlah RM1.7 bilion, Pembangunan Takungan Pinggir Sungai (TAPS) RM2.1 bilion, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) mini RM120 juta, pembinaan LRA baharu (RM740 juta), naik taraf LRA sedia ada (RM300 juta) dan pengurusan aset (RM70 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarasan tarif air
#Air Kelantan
#Izani Husin
#AKSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan