awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
03:23 MYT
Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Pihak berkuasa Myanmar menahan kira-kira 150 pelarian Rohingya yang dipercayai cuba melarikan diri ke Malaysia. -Gambar fail/Reuters
YANGON: Pihak berkuasa Myanmar menahan kira-kira 150 pelarian Rohingya yang dipercayai cuba melarikan diri ke Malaysia.
Menurut jurucakapnya pada Jumaat, penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.
"Mereka bersembunyi dekat kawasan hutan berbukit antara dua perkampungan.
"Siasatan awal mendapati kumpulan itu menaiki bot dari Rakhine dan merancang untuk meneruskan perjalanan ke Thailand dan seterusnya memasuki Malaysia melalui jalan darat," ujar sumber keselamatan itu lagi.
Pihak berkuasa turut memberkas sejumlah ahli sindiket pemerdagangan manusia dan memburu kira-kira 30 individu lagi.
Insiden itu berlaku beberapa hari selepas pemerintah junta tentera memaklumkan ia akan menerima semula kepulangan etnik minoriti tersebut yang berlindung di Bangladesh seawal bulan depan di bawah program perintis.
Kira-kira 1,500 pelarian Rohingya akan dihantar pulang dan dihantar ke kem transit sebelum ditempatkan semula di 15 perkampungan.
Difahamkan, balai polis akan turut didirikan berhampiran kawasan perkampungan tersebut untuk menjaga keselamatan. -Sinar Harian/AFP
Topic Berkaitan
#Rohingya
#Thanbyuzayat
#Pihak berkuasa Myanmar
#melarikan diri ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan