Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat dengan mendadak sejak 2015 dengan mencatatkan jumlah sebanyak RM3.4 billion tahun lepas.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata antara faktor menyumbang kepada peningkatan itu adalah kemudahan pembayaran balik dan pelbagai tawaran insentif.
"Antara kemudahan pembayaran yang semakin menjadi pilihan peminjam adalah menerusi pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN di Klinik Kesihatan Lenggong di sini hari ini.
Pada majlis itu, PTPTN menyumbang dua katil untuk klinik bersalin dan alat permainan kanak-kanak bernilai RM20,000 dan ia merupakan CSR kedua selepas program sama di Hospital Sungai Buluh, Selangor dalam usaha membantu kebajikan masyarakat.
Menjelas lanjut, Shamsul Anuar berkata daripada pengeluaran RM1.4 billion dicatatkan oleh KWSP tahun lalu, sebanyak RM1 billion adalah daripada akaun kedua pengguna untuk pembayaran balik ke PTPTN.
"Sebarang pengeluaran daripada akaun kedua KWSP adalah mematuhi undang-undang dan prosedur dan atas persetujuan daripada pihak KWSP, PTPTN dan peminjam itu sendiri," katanya.
Jumaat lepas, KWSP menyatakan pihaknya mencatatkan peningkatan sebanyak 150 peratus dalam pengeluaran akaun kedua bagi tujuan pendidikan, iaitu sebanyak RM1.4 billion dalam 86,725 transaksi bagi tahun 2016 berbanding hanya RM578 juta bagi tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar mengulangi keyakinan PTPTN mampu mengutip bayaran balik sebanyak RM4 billion tahun ini dengan pembukaan sebanyak 350,000 akaun SSPN i-Plus khusus bagi tabungan masa hadapan.
"Kita harap masyarakat boleh memupuk budaya menabung sejak kecil dan mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada pinjaman institusi kewangan dan mula beralih kepada jaminan simpanan tersendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN meningkat dengan mendadak sejak 2015. -Astro Awani/Shahir Omar
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.