PUTRAJAYA: Penempatan doktor siswazah, hala tuju pakar serta perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan rakyat, merupakan antara isu yang mahu diberikan perhatian oleh Menteri Kesihatan yang baharu Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata isu lain yang turut perlu diberikan perhatian ialah berkaitan golongan marginal, infrastruktur dan pelbagai keperluan kesihatan dan hospital, kesihatan mental dan perbekalan ubat-ubatan.
"Sudah pasti keutamaan terdekat ialah meneliti persiapan Bajet 2023, yang akan dibentang pada sidang Parlimen bermula 19 Dis ini. Mudah-mudahan sektor kesihatan akan diberikan peruntukan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan," katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam dan pakar pengamal perubatan, memberi sokongan kepada beliau untuk menjayakan setiap perancangan Kementerian Kesihatan.
Anak kelahiran Johor itu berkata pengalaman, kepakaran dan kecekalan penjawat awam serta pengamal perubatan, amat diharapkan agar sektor kesihatan negara ini mampu menyaingi perkhidmatan kesihatan negara-negara maju.
"Ini suatu amanah besar yang diberikan kepada saya, taklifan sebagai Menteri Kesihatan pada sesi ini. Alhamdulillah petang ini telah selesai istiadat angkat sumpah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Saya yakin Kementerian Kesihatan amat penting, kerana menjadi fokus utama rakyat Malaysia khususnya dalam era pasca pandemik COVID-19," katanya
Ahli Parlimen Sekijang yang dilahirkan pada 28 Jun 1964 itu, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, bersama dua Timbalan Perdana Menteri dan 24 menteri Kabinet selepas diumumkan sebagai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Dr Zaliha turut menyifatkan portfolio kesihatan sebagai sesuatu yang dekat di hatinya yang mempunyai pendidikan dalam bidang perubatan dan memulakan kerjaya dalam bidang itu pada 1989 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
"Alhamdulillah Perdana Menteri ke-10 (Anwar) telah mendengar luahan akar umbi dan rakyat agar portfolio ini disandang oleh seorang pengamal perubatan dan perkara ini telah pun ditunaikan," katanya.
Susulan dihujani pelbagai cadangan pembaikan sektor kesihatan selepas diumum memegang jawatan tersebut, beliau berkata ia merupakan petanda yang baik bahawa rakyat negara ini memberi perhatian besar terhadap perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan asas semua golongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Beliau berharap penjawat awam dan pakar pengamal perubatan, memberi sokongan kepada beliau untuk menjayakan setiap perancangan Kementerian Kesihatan. - Gambar fail

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM
Bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.

KKM ambil langkah advokasi, bimbang penjualan vape 'Tiger Pod' semakin berleluasa
Kementerian Kesihatan (KKM) terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan

Sistem e-Pharmacist dibuka semula 30 Januari susulan gangguan teknikal
KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist bagi pemilihan penempatan latihan siswazah untuk Pegawai Farmasi Gred UF41 mulai 12 tengah hari 30 Jan hingga 1 Feb ini.

Angka kematian terus meningkat dalam protes Peru Selatan
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut berikutan rusuhan di Juliaca, Peru Selatan, semalam.

COVID-19: Ambil langkah cegah berkesan agar rakyat tidak berkurung sekali lagi - Khutbah Jumaat
Semua pihak diingatkan untuk bersama-sama mengambil pelbagai langkah pencegahan dalam menangani lonjakan baharu kes COVID-19.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dikembalikan semula.

Thailand keluarkan garis panduan mengenai ganja
Menghisap ganja di khalayak ramai untuk rekreasi boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga 25,000 baht RM3,230).

KKM tawar 4,914 jawatan tetap mulai hari ini - Dr Zaliha
Ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Tidak perlu bimbang COVID-19 di China, tingkatkan pemberian dos penggalak - Pakar
Fenomena yang dialami China ketika ini adalah sama dengan pengalaman negara-negara lain.

Kemasukan lebih ketat untuk pelancong dari China - PM Jepun
Kerajaan Jepun dilaporkan bakal memperketatkan kemasukan pelancong dari China ke negara itu bermula Ahad ini (8 Jan) sebagai langkah kawalan wabak COVID-19.