awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
09/09/2022
10:24 MYT
Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata antara pembangunan lain yang boleh dinantikan di daerah berkenaan adalah Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing, Lembah Tenusu Jemaluang dan pelancongan Kampungstay Air Papan di Teluk Buih. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Beberapa projek di Daerah Mersing di bawah bidang kuasa Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sudah disiapkan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Antara projek yang sudah disiapkan ialah Tanjung Penyabong Waterfront, Mersing Harbour Centre, Medan Ikan Bakar Endau, Taman Negara Johor Endau-Rompin, naik taraf jalan dari Sungai Emas ke Kampung Peta (Pakej Utara) dan pelancongan di kepulauan Mersing iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi serta Pulau Aur.
Beliau berkata antara pembangunan lain yang boleh dinantikan di daerah berkenaan adalah Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing, Lembah Tenusu Jemaluang dan pelancongan Kampungstay Air Papan di Teluk Buih.
"Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri ECERDC di Kelantan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PM dan ahli mesyuarat berikutan kemasukan Daerah Segamat sebagai satu lagi kawasan di bawah bidang kuasa ECERDC. Semoga rakyat Segamat dapat menikmati lebih banyak projek dan program pembangunan seperti di Mersing, Insya-Allah, " katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata pertemuan itu juga telah menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian di antara ECERDC dan Yayasan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) serta pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat.
ECERDC merupakan badan berkanun yang ditubuhkan bagi menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mersing
#ECERDC
#onn hafiz ghazi
#projek pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan