awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peletakan jawatan ADUN Kajang: Enam NGO dan penduduk buat laporan polis

Bernama
Bernama
31/01/2014
00:05 MYT
Peletakan jawatan ADUN Kajang: Enam NGO dan penduduk buat laporan polis
Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan, Khamis, bagi membantah peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.
Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS), Permuafakatan Wangsa Malaysia (PEWANGSA), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (CHAI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.
Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang Khamis, mendakwa peletakan jawatan Lee mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi DUN Kajang itu.
Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.
Wakil NGO Zakaria Mohd Ali berkata laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu ADUN PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.
Pada 28 Jan lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Topic Berkaitan
#adun kajang
#Anwar Ibrahim
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan