BALIK PULAU: Suatu ketika dahulu, bedak sejuk merupakan produk penjagaan kulit tradisional yang sangat popular dalam kalangan wanita khususnya di negara ini untuk mendapatkan kulit halus, gebu dan bebas jerawat.
Bedak sejuk yang diperbuat daripada satu bahan asas sahaja iaitu beras yang direndam untuk jangka masa lama, mampu memberikan pelbagai kesan positif selain bebas bahan kimia sekali gus menjadikan ia masih kekal relevan sehingga ke hari ini.
Biarpun terdapat saingan daripada lambakan rangkaian produk kecantikan moden di pasaran, namun Yeoh Seong Huat, 47, tekad meneruskan legasi 'Perniagaan Bedak Sejuk Lean Seng' yang diusahakan oleh mendiang bapanya Yeoh Keng Beng sejak 1975.
Mengekalkan kaedah pembuatan secara tradisional menggunakan tangan, Yeoh yang berasal dari Kampung Jalan Baru di sini menghasilkan bedak sejuk secara berseorangan di rumah dan hanya dibantu oleh abang dan adiknya sekiranya mereka mempunyai masa terluang.
"Sekarang ramai peniaga bedak sejuk di pasaran tetapi kebanyakan mereka telah beralih menggunakan mesin kerana lebih cepat dan menjimatkan masa. Mungkin saya seorang saja yang masih gigih gunakan tangan.
"Saya tidak mahu mengubah apa yang ditinggalkan oleh mendiang bapa dan mahu ia kekal begitu kerana bagi saya, ia suatu kepuasan apabila kita dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan walaupun proses pembuatannya rumit serta memenatkan," katanya ketika ditemui Bernama.
Bercerita mengenai proses membuat bedak sejuk, Yeoh menerangkan beras itu perlu dicuci terlebih dahulu sebanyak lima hingga enam kali sebelum diletakkan di dalam bekas bertutup dan rendam dengan air selama lebih kurang sebulan.
Katanya, tempoh masa lama juga diperlukan supaya beras tersebut hancur melalui proses penapaian memandangkan ia penting dalam menjamin kualiti bedak sejuk yang bakal terhasil nanti.
Selepas sebulan direndam, beliau berkata beras itu akan dicuci semula beberapa kali untuk mengurangkan bau sulfur dari proses penapaian sebelum dikisar menjadi likat seperti pes sebelum ditapis dan dijemur sehingga kering.
Ia kemudian dicampur sekali lagi dengan air dan dituang ke dalam acuan serta ditekan menggunakan tangan hingga terhasilnya bentuk kecil bedak sejuk seakan rupa titisan air.
"Ia kemudian dijemur selama dua hingga tiga jam sehingga kering dan disimpan semalaman. Keesokan harinya, bedak sejuk ini akan dijemur sekali lagi di bawah cahaya matahari terik antara empat ke lima jam dan proses itu diulang selama tiga hari untuk pastikan ia betul-betul kering.
Anak kedua dari tiga beradik itu mampu menghasilkan antara 10 hingga 20 kilogram (kg) bedak sejuk sehari bergantung kepada keadaan cuaca dan dijual pada harga RM7 sebotol.
Selain produk kecantikan moden, bedak sejuk buatan tempatan kini juga kini bersaing dengan bedak sejuk yang diimport dari negara jiran namun, bagi Yeoh dia yakin bedak sejuk buatannya masih mempunyai permintaan tinggi terutama di kalangan pelanggan tetap.
Dia juga berharap agar diberikan kesihatan yang baik untuk menyambung warisan pembuatan bedak sejuk secara tradisional kerana bimbang jika generasi muda tidak mengenalinya suatu hari nanti.
"Dulu ramai orang tua-tua di kampung yang buat sendiri (bedak sejuk) tapi,semua sudah meninggal dan anak-anak pula tak mahu sambung sebab renyah dan tak tahan bau (busuk dari beras yang ditapai)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Pengusaha bedak sejuk dari Kampung Bahru, Yeoh Seong Huat, 47, menunjukkan bedak sejuk legasi yang diperturunkan dari mendiang bapanya, Yeoh Keng Béng sejak 1975 yang dikenali sebagai ‘Perniagaan Bedak Sejuk Lean Seng’. - Gambar Bernama
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pelihara kaedah pembuatan bedak sejuk secara tradisional sejak 1975
Suatu ketika dahulu, bedak sejuk merupakan produk penjagaan kulit tradisional yang sangat popular dalam kalangan wanita khususnya di negara ini untuk mendapatkan kulit halus, gebu dan bebas jerawat.