awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2024
06:30 MYT
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan (kanan) dan Tan Sri Mokhzani. - Gambar fail
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanpa mendedahkan tempoh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir telah berhubung dengan pegawai penyiasat kes mengenai tempoh pengisytiharan itu.
“Kita telah tetapkan tempoh tarikh mereka mula-mula kena isytiharkan, jadi kita sudah bersetuju dengan itu. “Saya beri lagi penambahan tempoh untuk mereka isytiharkan harta,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 18 Januari lepas, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Berikutan itu, 24 Mei lalu, media tempatan melaporkan kedua-dua anak Tun Mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.
Siasatan kes itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengisytiharan harta
#dua anak Tun M
#Azam Baki
#SPRM
#Mirzan Mahathir
#Mokhzani Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan