Sebuah galeri awam perlu dibuka bagi memberi peluang kepada pelukis muda mempamerkan hasil seni mereka.

Penubuhan persatuan yang mengumpulkan golongan pelukis juga perlu ditubuhkan bagi membela nasib golongan berkenaan.

Cadangan itu diluahkan selepas mereka tidak mendapat perhatian berbanding pelukis ternama.

Bagi Fairuz Paisan, dia terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk mengembangkan bakatnya.

Jelasnya kewujudan galeri awam bukan saja dapat membantu pelukis sepertinya mengembangkan bakat, ia juga secara tidak langsung menjimatkan kos mengadakan pameran.

Tambah Fairuz kebiasaannya pemilik galeri akan mengambil 30 hingga 50 peratus hasil keuntungan mereka.

Bagi husin hourmain pula, penubuhan persatuan pelukis dan galeri awam di kawasan tumpuan akan meningkatkan martabat karya seni mereka.

Beliau juga percaya pameran yang lebih sistematik secara tidak langsung akan mendidik masyarakat menghargai karya seni.