awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelukis tatu liwat pelanggan lelaki ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2024
09:01 MYT
Pelukis tatu liwat pelanggan lelaki ditahan
Shahrulnizam berkata, tangkapan suspek berusia 37 tahun itu dibuat kira-kira jam 12.05 tengah malam. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Pelukis tatu yang dipercayai meliwat seorang pelanggan lelaki di premisnya diberkas di Sungai Way, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, tangkapan suspek berusia 37 tahun itu dibuat kira-kira jam 12.05 tengah malam.
"Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod lampu bersabit kes jenayah.
"Suspek dipercayai mencalit minyak terhadap mangsa yang datang untuk membuat tatu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum bertindak meliwatnya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, suspek kini direman empat hari sehingga sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti bahan minyak yang digunakan suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Selasa, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu bunga di badannya.
Suspek telah menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi semasa hendak mula melukis tatu bunga di tangan kanan pelanggannya itu
Selepas mangsa tersedar, mangsa dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan berasa sakit di bahagian dubur.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelukis tatu
#liwat pelanggan
#Diberkas
#Sungai Way
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan