awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2019
00:15 MYT
Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola
Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan tasik itu adalah kerana ia sedikit berselut. - Gambar hiasan
Seorang pemain kelab bola sepak amatur mati lemas akibat terjatuh ke dalam Tasik Eco Ardence, di Setia Alam, kira-kira jam 10 malam tadi.
Pemain bagi kelab Sarban FC itu, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
Mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil bola di dalam tasik berkenaan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak antara 5 dan 15 meter dari lokasi dia terjatuh di tebing tasik.
"Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan ini adalah kerana kawasan ini, di bawahnya sedikit berselut.
"Dengan kedalaman tasik sekitar 3 meter, ia menyukarkan sedikit proses menyelamat, ditambah pula kejadian berlaku pada waktu malam," katanya.
Seramai 37 anggota termasuk dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang, dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan bermain bola sepak bersama rakan sepasukan di padang berdekatan.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Alimaddia Bukri
#bola sepak
#bomba
#lemas
#mangsa
#mayat
#shah alam
#tasik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan