awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah

Bernama
Bernama
02/02/2023
20:20 MYT
Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Program Menu Rahmah dilancarkan oleh Salahuddin pada 31 Jan lepas, dengan tujuh persatuan restoran termasuk Sahabat Tomyam terlibat dalam program itu. -Bernama
KUALA LUMPUR: Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.
Penasihat Pertubuhan Sahabat Tomyam Prihatin SeMalaysia (Sahabat Tomyam) Che Mamad Che Mod berkata pemain industri makanan tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya cara meringankan beban yang ditanggung golongan berpendapatan rendah, termasuk B40 dan asnaf.
"Kita (Sahabat Tomyam) menjayakan program ini dengan kerajaan supaya rakyat yang sedang mengalami kesusahan hidup dapat mengalas perut dengan menu yang lengkap pada harga yang berpatutan," katanya sebagai tetamu dalam program 'Malaysia Petang Ini: Menu Rahmah Bantu Rakyat Jimat' terbitan Bernama TV pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Tomyam sedang menyelaras pelancaran pelaksanaan Menu Rahmah oleh ahli pertubuhan itu di seluruh negara.
Katanya, penyertaan bukan secara paksa tetapi amat dialu-alukan.
"Untuk peringkat awal dijangkakan 500 atau 600 restoran (milik ahli Sahabat Tomyam) di seluruh Malaysia akan menawarkan Menu Rahmah," katanya.
Sebelum ini, Program Menu Rahmah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 31 Jan lepas, dengan tujuh persatuan restoran termasuk Sahabat Tomyam terlibat dalam program itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#kos sara hidup
#kpdn
#pengusaha makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan