awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Melaka United cedera dalam kemalangan di LPT2

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
26/05/2019
10:39 MYT
Pemain Melaka United cedera dalam kemalangan di LPT2
Ketika kejadian, Mohd Faizal (gambar) dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Melaka United di Perak pada Sabtu. Facebook
Pemain bola sepak Melaka United Mohd Faizal Muhamad, cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan.
Insiden berlaku di Kilometer 250.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran jejambat plaza tol Jabor, Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi Ahad.
Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas Toyota Vellfire yang dipandu pemain bola berusia 30 tahun itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah kereta Honda HRV.
Akibat rempuhan itu, Honda HRV yang dinaiki dua mangsa telah berpusing lalu terbalik, manakala kereta yang dinaiki Mohd Faizal terbabas di atas penghadang.
Difahamkan, ketika kejadian, pemain bola yang berasal dari Marang itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Melaka United di Perak pada Sabtu.
Keadaan kereta Mohd Faizal susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer 250.2 LPT 2 berhampiran jejambat plaza tol Jabor, Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi ini. - Astro AWANI
Keadaan kereta Mohd Faizal susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer 250.2 LPT 2 berhampiran jejambat plaza tol Jabor, Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi ini. - Astro AWANI
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, kejadian itu juga menyebabkan pemain pertahanan berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan muka.
Sementara itu, penumpang Honda HRV yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#cedera
#kemalangan
#Kemaman
#Kuantan
#Liga Super
#LPT 2
#melaka united
#Mohd Faizal Muhamad
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan