JOHOR BAHRU: Pemaju hartanah Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) menafikan dakwaan seorang blogger bahawa terdapat seramai 20 hingga 30 mangsa serangan buaya mengakibatkan kecederaan dan kematian di kawasan Forest City di Iskandar Puteri.
CGPV dalam kenyataan di sini memberitahu hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat, menjejaskan reputasi serta mengganggu operasi perniagaan.
"Sejak beroperasi selama lapan tahun, Forest City tidak pernah menerima sebarang aduan serangan, kecederaan mahupun kematian akibat reptilia itu. Tiada juga laporan polis tentang insiden yang disebutkan oleh hantaran media sosial tersebut," menurut CGPV semalam.
Justeru itu syarikat berkenaan telah membuat satu laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Tanjung Kupang.
"Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil syarikat dan perkara tersebut kini dalam siasatan pihak polis. Syarikat berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab," menurut CGPV.
Pemaju hartanah berkenaan turut menggesa semua pengguna media sosial dan pencipta kandungan serta pempengaruh untuk menyemak sumber maklumat mereka serta berhati-hati sebelum membuat hantaran di media sosial.
"Seseorang pengguna media sosial tidak seharusnya menyebarkan maklumat yang tidak sahih, tidak berasas dan berniat jahat sekiranya tidak mahu berdepan dengan implikasi undang-undang," tambah CGPV.
Terdahulu tular satu video dalam bahasa Mandarin berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditanya seorang lelaki warga China berhubung papan tanda amaran yang bertulis "Danger Crocodiles, No Swimming" di Forest City.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
CGPV: Sejak beroperasi selama lapan tahun, Forest City tidak pernah menerima sebarang aduan serangan, kecederaan mahupun kematian akibat buaya. - Gambar hiasan
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.
65,000 pekerjaan baru di Johor - exco
Sebanyak 65,000 pekerjaan baru akan dihasilkan di negeri Johor, menurut Exco Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.