awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
10/06/2016
09:37 MYT
Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Chegu Bard berkata, laporan akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan. - Gambar fail
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan polis pada Sabtu berhubung Akuan Bersumpah (SD) pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman mengenai pemalsuan tanda tangan bagi projek Deklarasi Rakyat.
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.
"Polis akan memanggil Azharuddin dan mendapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Sekretariat Deklarasi Mahathir untuk dipastikan kesahihannya.
"Esok kita maklumkan, biar laporan polis pertimbang untuk tindakan undang-undang juga untuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, Azharuddin mendakwa lebih sejuta maklumat pangkalan data telah digunakan bagi tujuan memalsukan tandatangan rakyat dalam 'Deklarasi Rakyat'.
Azharuddin, dalam akuan bersumpahnya mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga di alam maya untuk bayaran RM5,000 yang dijanjikan kepadanya.
Jelas Azharuddin, selepas semuanya selesai, dia hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini belum mendapat baki bayaran yang dijanjikan.
Menurut Azharuddin, dia menggunakan pangkalan data pilihan raya yang mengandungi maklumat pengundi yang dikongsikan antara kumpulannya.
Bagaimanapun, satu lagi SD yang dilaporkan dibuat Azharuddin baru-baru ini dikatakan menafikan SD awal yang dibuatnya.
Bagaimanapun ia dikatakan palsu oleh Chegu Bard.
Sebelum ini Ratu Naga' membuat 'sumpah laknat' bahawa dia tidak mengenali pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin.
Azharuddin yang berasal dari Terengganu berkata dia mengenali Ratu Naga melalui seorang kawan, pernah jumpa berdepan dan berkomunikasi melalui Whatsapp.
Pada 13 Mei lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia telah melepasi sasaran 1.2 juta tandatangan selepas hanya dua bulan dilancarkan.
Topic Berkaitan
#akuan bersumpah
#Azharuddin Othman
#Badrul Hisham Shaharin
#Chegu Bard
#Deklarasi Mahathir
#Deklarasi Rakyat
#SD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan