SUNGAI PETANI: Keterujaan lima sahabat untuk memancing di laut bertukar tragedi apabila bot mereka naiki terbalik pada kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai, jam 11 pagi tadi.
Seorang pemancing ditemui lemas sementara empat yang lain bersama seorang tekong bot terselamat selepas berjaya memanjat di atas bahagian bawah bot yang terbalik.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada pemilik bot terbabit, pada jam 11.15 pagi memaklumkan insiden di mana seorang daripada mangsa telah hilang.
Berikutan itu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.35 pagi.
"Bot PERKASA 1221 Maritim Negeri Pulau Pinang dan bot PERKASA 1226 Zon Maritim Kuala Kedah telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan menemukan bot berkenaan dalam keadaan terbalik, manakala semua mangsa ditemui memakai jaket keselamatan termasuk mangsa yang lemas," katanya.
Menurut Noor Azreyanti, lima mangsa selamat ialah tekong bot Che Roslan Hashim, 49, bersama empat pemancing iaitu Mohd Firdaus Zainal Abidin, 36, Engku Mohamad Farizam Fadilah, 19, Zulkifli Ahmad, 45, dan Hafizul Ajis Samsudin, 31.
Sementara mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38.
Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Tanjung Dawai untuk proses sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat.
Sementara salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 14 2021

Seorang pemancing ditemui mati lemas sementara empat yang lain bersama seorang tekong bot selamat selepas berjaya memanjat di atas bahagian bawah bot yang terbalik. - Astro AWANI

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Banjir: Warga emas berdepan detik cemas bot penyelamat terbalik
Situasi itu adalah yang terburuk sepanjang tempoh 30 tahun dia menetap di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu.

Setengah jam berpaut pada bot
Abd Mutalib Abd Rahman terselamat selepas berpaut pada bot yang terbalik.

Pelanggaran bot: Kerajaan Terengganu mahu siasatan terperinci
Ariffin berkata, isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Banjir: Bot bawa bantuan terbalik di Sungai Tembeling, 3 anggota APM selamat
Perjalanan mereka berdepan kesukaran apabila bot menghala ke arah hulu sungai itu terpaksa meredah arus deras.

Bot terbalik: Sektor pencarian diperluaskan lagi hari keempat SAR
Sektor pencarian udara diperluas 76.5 batu nautika persegi, manakala pencarian di laut diperluas 106.02 batu nautika persegi.

'Arwah minat memancing, pantang diajak'
Sebelum kejadian, arwah Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38, tidak memberitahu mahu keluar memancing dan hanya mendiamkan diri pada pagi itu.

Pemancing maut selepas bot dinaiki bersama rakan terbalik
Keterujaan lima sahabat untuk memancing di laut bertukar tragedi apabila bot mereka naiki terbalik.

Bot terbalik, nelayan terselamat selepas lima jam terapung di laut
Seorang nelayan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung selama kira-kira lima jam akibat bot dinaiki terbalik dipukul ombak.

Bot terbalik: Mayat remaja ditemui penduduk kampung
Mayat seorang remaja perempuan yang hilang selepas terjatuh daripada sebuah bot terbalik ditemui di perairan Kampung Semawang, di Sandakan, telah ditemui.

Bekas jurugambar hilang di laut ditemui selamat
Mangsa ditemui berada di atas botnya yang terbalik ketika diselamatkan rakannya kira-kira jam 4 pagi.