awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari

Bernama
Bernama
19/04/2024
15:23 MYT
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini membenarkan perintah reman empat hari terhadap seorang pemandu bas yang melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tan Swee Hoe-jalan Kluang dekat Batu Pahat, pagi semalam.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian 10.40 pagi itu, sebuah bas dipercayai telah merempuh 11 kenderaan lain iaitu dua buah lori dan sembilan kereta.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, telah hilang kawalan dipercayai akibat kegagalan brek.
Bas itu kemudiannya melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Bagaimanapun insiden tersebut hanya melibatkan kerosakan kenderaan dan kecederaan ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#lampu isyarat
#kecederaan ringan
#kegagalan brek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan