awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu BMW diserang sawan rempuh sembilan kenderaan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/06/2022
02:30 MYT
Pemandu BMW diserang sawan rempuh sembilan kenderaan
Pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
AYER KEROH: Enam individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka di rempuh dalam nahas membabitkan 10 kenderaan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu dikatakan berlaku selepas pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kejadian itu turut mengakibatkan salah seorang mangsa patah tulang hidung.
“Semasa pemandu kenderaan BMW itu menunggu lampu isyarat, pemandu itu telah diserang sawan dan menyebabkannya merempuh sembilan buah kenderaan sehingga menyebabkan enam orang mangsa cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Melaka.
“Sembilan kenderaan lain yang terlibat adalah dua buah Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu tersebut juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut.
"Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Nahas
#rempuh
#sawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan