awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
20/12/2021
00:52 MYT
Pemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu
Perahu timbal milik Tengku Mahussin yang digunakan untuk menyelamat mangsa banjir di sekitar Hulu Dungun. - Astro AWANI
DUNGUN: Seorang pemandu bot di Kampung Shukor, Hulu Dungun memanfaatkan pengalaman dan kemahirannya untuk membantu penduduk yang terlibat banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Tengku Ibrahim Tengku Jaafar, 64, berkata dirinya amat memahami kesusahan yang dihadapi mangsa kerana rumahnya turut terjejas akibat bencana itu.
Usaha tersebut dilakukannya bersama dua anaknya, Tengku Mahussin, 45, dan Tengku Laksamana, 42, dengan menggunakan tiga buah 'perahu timbal' miliknya.
Menurut Tengku Ibrahim setiap kali tibanya musim tengkujuh dia memperuntutkan kira-kira RM300 bagi membeli minyak petrol.
"Kami kena sediakan minyak itu untuk musim banjir terutamanya pada bulan November.
"Kadang-kadang bulan Oktober saya beli dan simpan stok dalam tiga hingga empat tong untuk kegunaan pada musim banjir sahaja," katanya.
Jelasnya lagi, sebagai penduduk kampung itu mereka sekeluarga amat arif dengan selok-belok laluan kampung berkenaan.
Inisiatif memindahkan mangsa banjir dilakukan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran.
"Kalau saya nak minta pun dia orang lebih kurang saya juga tiada duit. Nak minta macam mana kalau dia dah tenggelam rumah.
"Tapi kalau ada dia bagi duit minyak, saya ambil tapi jasa tak minta," katanya lagi.
Menurut Tengku Ibrahim, sepanjang tempoh Febuari hingga Oktober, dia dan anak-anak menggunakan perahu mereka bagi perkhidmatan membawa pengunjung ke tempat rekreasi menarik di sekitar Hulu Dungun dengan bayaran sebanyak RM900.
Ketika ini sebanyak tujuh PPS telah diaktifkan bagi menempatkan 286 mangsa banjir yang terjejas di daerah Dungun dan Kemaman.
Menerusi jumlah itu sebanyak lima buah PPS telah dibuka di daerah Kemaman manakala dua lagi di daerah Dungun.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#bantu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan