IPOH: Pemandu bas dan seorang penumpang cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung, kira-kira 62 kilometer dari sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bas ekspres dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh itu terbabas ke dalam parit di bahu jalan.
Nahas tersebut membabitkan 22 mangsa iaitu pemandu bas berusia 41 tahun, 20 penumpang berusia antara 17 hingga 63 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 63 tahun.
Katanya, seorang penumpang bas dan pemandu bas cedera parah manakala 19 penumpang dan pemandu kereta Toyota Hilux cedera ringan.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5.38 petang.
"Tiada mangsa yang tersepit, bagaimanapun terdapat dua mangsa iaitu pemandu lelaki bas ekspres dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini.
-Menurut Sabarodzi, anggota bomba turut memberi perawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah dengan dibantu pegawai perubatan.
"Pemandu Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua mangsa yang parah kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Manjung dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
"Semua mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.17 malam," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang juga dari Lumut menuju ke Ipoh menukar lorong secara melulu.
"Kenderaan Toyota Hilux berada di lorong kanan sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk ke lorong kiri (ke arah laluan bas ekspres).
"Tindakan itu menyebabkan pemandu bas ekspres tidak sempat menekan brek lalu gagal mengawal kenderaan dan kemudian terbabas," katanya ketika dihubungi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Pemandu dan seorang penumpang cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda. - Foto Sinar Harian
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres
Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta berusia 30 tahun manakala pemandu berusia 40 tahun cedera di bahagian muka.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.