awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu didakwa esok kes kematian murid tadika tertinggal dalam van sekolah

Bernama
Bernama
06/05/2025
11:45 MYT
Pemandu didakwa esok kes kematian murid tadika tertinggal dalam van sekolah
Suspek lelaki berusia 56 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pemandu van sekolah yang ditahan berhubung insiden murid tadika berusia lima tahun maut disyaki tertinggal dalam van sekolah lebih empat jam di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di sini minggu lepas akan didakwa esok.

Ringkasan AI
  • Pemandu van sekolah yang ditahan berhubung insiden murid tadika maut akan didakwa esok.
  • Suspek lelaki berusia 56 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.
  • Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata suspek lelaki berusia 56 tahun itu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.
"Pertuduhan ke atas suspek akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat esok sekitar 9 pagi," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Beliau berkata suspek yang sebelum ini direman tujuh hari bermula 1 Mei lepas, akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.
Pada 1 Mei lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut disyaki selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu van sekolah di kawasan Taman Bukit Indah pada 2.40 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu van sekolah
#murid tadika maut
#tertinggal dalam van sekolah
#pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan