awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu ditahan cuba rempuh SJR

Bernama
Bernama
14/02/2021
20:40 MYT
Pemandu ditahan cuba rempuh SJR
Suspek yang diminta berhenti di tepi jalan memecut laju ke arah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis yang bertugas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Cubaan seorang pemandu di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Desa Jaya di sini, gagal selepas keretanya merempuh tembok penghadang jalan sebelum ditahan oleh anggota polis, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun itu diarah oleh anggota bertugas di SJR supaya menghentikan kenderaan di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek sebaliknya memecut kenderaannya sebelum anggota polis bertindak mengejarnya sehingga ke kawasan perumahan Perdana Puri iaitu jarak kira-kira 300 meter dari lokasi SJR.
“Suspek, bagaimanapun, berpatah balik dan memecut laju ke arah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis yang bertugas di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata suspek kemudian memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum mengundur dalam keadaan laju sehingga melanggar batu pembahagi jalan berhampiran khemah SJR.
Arifai berkata akibat pelanggaran itu, kenderaan suspek tidak boleh bergerak dan dia ditahan polis manakala semakan mendapati dia mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan satu rekod jenayah mencuri.
"Ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif syabu dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SJR
#polis
#rempuh
#Dadah
#Arifai Tarawe
#melarikan diri
#Gombak
#ujian saringan
#Syabu
#jenayah
#curi
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan