awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
Hari penentuan di Old Trafford: Carrick dahului Solskjaer rebut kerusi interim Man United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Grab direman 6 hari bantu siasatan kes rogol wanita

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2017
05:43 MYT
Pemandu Grab direman 6 hari bantu siasatan kes rogol wanita
Sewaktu dalam perjalanan, suspek dikatakan memberhentikan kereta dipandunya di lokasi kejadian sebelum merogol mangsa. - Foto Astro AWANI
Seorang pemandu perkhidmatan Grab ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes merogol seorang penumpang wanita berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, sekitar 4 pagi semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Atiqah Abdul Karim untuk disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 29 tahun yang memaklumkan dirogol suspek berusia 30 tahun itu ketika menggunakan perkhidmatan itu dari Petaling Jaya untuk pulang ke rumah.
Sewaktu dalam perjalanan, suspek dikatakan memberhentikan kereta dipandunya di lokasi kejadian sebelum merogol mangsa.
Mangsa yang mabuk ketika itu menyedari perbuatan suspek, namun tidak melawan dan dihantar pulang ke rumahnya.
Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 3 petang, semalam.
Topic Berkaitan
#GrabCar
#mahkamah
#Petaling Jaya
#polis
#rogol
#Seri Kembangan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan