awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis

Bernama
Bernama
06/04/2024
07:00 MYT
Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis
Akibat kemalangan itu, pemandu pacuan empat roda iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pacuan empat roda yang berada di lorong kanan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh itu bagaimanapun tidak sempat mengelak dan melanggar kereta berkenaan sebelum ia dilanggar tiga kereta lain.
"Sebuah kenderaan utiliti sukan yang berada di lorong tengah cuba memperlahankan kenderaan bagaimanapun ia dilanggar dari belakang oleh sebuah bas ekspress.
"Akibat kemalangan itu, pemandu pacuan empat roda iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Penumpang pacuan empat roda itu dan pemandu Honda Accord yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Mohd Hafiz juga memohon saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Che Hassan Ambok di talian 013-3940423.
Dalam kejadian 11.30 malam tadi, seorang pemandu pacuan empat roda maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 425.6 Lebuhraya PLUS menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu hilang kawalan
#kemalangan tujuh kenderaan
#Sungai Buloh
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan