MALAYSIA
Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah di Simpang Pulai
IPOH: Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika melakukan kerja pengorekan lereng bukit di Simpang Pulai dekat sini hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu jengkaut berusia 60 tahun maut selepas tertimbus ketika melakukan kerja pengorekan di lereng bukit.
- Pasukan bomba tiba di lokasi dan menggunakan jengkaut lain untuk mengalihkan tanah sebelum mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
- Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.20 petang.
"Bantuan jengkaut yang lain digunakan bagi mengalihkan timbunan tanah sebelum mangsa berjaya dibawa keluar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta operasi tamat pada 3.20 petang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami