NATIONAL
Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di lokasi kejadian membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang. -Bernama
KUANTAN: Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.
- Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tiba di lokasi kejadian dan membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki yang tersepit dengan bantuan dua anjing pengesan (K9) dan peralatan menyelamat.
- Kedua-dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin berkata mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.
Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami