KUANTAN: Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki mereka itu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kemalangan pada kira-kira 3 petang itu menyebabkan pemandu lori, Nazli Misnon, 56 dan kelindannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, yang sedang dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan mendapati sejurus tiba di kawasan selekoh, lori yang membawa muatan baja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam gaung.
"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah tersepit di bawah lori sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan seramai 13 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama dua jentera dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba, anggota bomba telah bertindak menggunakan rescue power unit, peralatan tali dan bucket stretcher untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
Lori yang membawa muatan baja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam gaung. - Gambar/ PDRM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari
Suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian.
Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan kerugian RM1.03 juta.
Pengarah syarikat kelapa sawit rugi RM1.03 juta terpedaya tawaran tender pajak ladang
Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang kerugian RM1.03 juta selepas terpedaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera
Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara daerah Kuala Muda.
Ancam keselamatan PM, pemandu lori dipenjara enam bulan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Pemandu lori dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual bagi maksud seksual terhadap mangsa, yang juga anak bongsunya.
Polis jejaki pemandu lori, kereta tular
Polis Jerantut giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta jenis Proton Persona selepas tular klip video memaparkan sebuah lori dipandu secara bahaya.