BATU PAHAT: Seorang pemandu dan kelindan maut dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 4.24 pagi.
Susulan itu, beliau berkata, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan baja.
"Kemalangan terbabit mengakibatkan pemandu lori Isuzu, Mohd Hafiz Jamal, 35, dan kelindan, Mohd Azhar Basir, 46, tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Shalneeraj berkata, pemandu treler, A Ranjit, 40, terselamat dan operasi berkenaan tamat pada jam 6:03 pagi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 07 2022
Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan dekat Batu Pahat pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemandu, kelindan maut nahas lori dan treler
Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan baja.
Tiga maut dalam nahas treler hempap lori di Batu Pahat
Bomba mendapati tiga mangsa tersepit menyebabkan mereka terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa dengan dibantu sebuah kren.