KLUANG: Seorang rentung manakala empat termasuk tiga warga Singapura cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 49.5 Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini, awal pagi Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.43 pagi melibatkan kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex.
"Hasil siasatan awal mendapati MPV berkenaan dari arah Batu Pahat menghala ke Bandar Kluang manakala kereta tersebut dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk laluan MPV lalu bertembung menyebabkan kereta berkenaan terbakar sehingga melanggar pokok di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta rentung keseluruhan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pemandu MPV berusia 55 tahun, cedera di kepala dan dada manakala pasangan suami isteri warga Singapura berusia 50 dan 47 tahun masing-masing cedera kaki kiri serta tulang rusuk.
"Anaknya pula yang berusia 11 tahun cedera di bibir, tangan dan kaki kiri. Ketiga-tiga beranak itu dirawat di Zon Kuning Hospital Besar Enche' Hajjah Khalsom di sini," katanya.
Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kebakaran memusnahkan lebih kurang 80 peratus keseluruhan kereta. Terdapat seorang mangsa tersepit di ruangan pemandu kenderaan yang terbakar.
"Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit namun disahkan sudah meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pada jam 2.28 pagi," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 28 2023
Seorang pemandu kereta rentung dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kluang pada Sabtu. - Foto ihsan IPD Kluang
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pemandu kereta rentung, empat cedera nahas dua kenderaan
Seorang rentung manakala empat termasuk tiga warga Singapura cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Batu Pahat-Mersing.