awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori dibelasah gara-gara terlanggar Mercedes-Benz milik 'Datuk'

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2017
11:59 MYT
Pemandu lori dibelasah gara-gara terlanggar Mercedes-Benz milik 'Datuk'
Malang tidak berbau bagi pemandu lori yang dibelasah gara-gara terlanggar sebuah kereta mewah milik 'Datuk' di Ampang, baru-baru ini. - Gambar Twitter
Gara-gara terlanggar sebuah kereta mewah dipercayai milik seorang 'Datuk', seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang didakwa tidak berpuas hati dengan insiden yang tidak dapat dielakkan itu.
Aksi beliau dipukul, ditendang dan ditumbuk dirakam dalam sebuah video yang viral pada Khamis.
Dalam video berdurasi lima minit dan 39 saat itu, pemandu lori tersebut didakwa terlanggar kereta mewah Mercedes-Benz milik seorang 'Datuk' yang telah mengakibatkan badan kenderaan itu tercalar dan plet tertanggal.
Ketika pemandu lori itu terbaring tidak bermaya selepas diterajang berkali-kali oleh beberapa orang lelaki dirakam mengejar seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa itu.
Namun, individu itu berjaya meloloskan diri beliau dari menjadi mangsa.
Bukit Antarabangsa
Imej menunjukkan keadaan lori dan kereta mewah yang dipercayai milik seorang 'Datuk' - Gambar Twitter
Video tersebut dipercayai dirakam salah seorang penghuni sebuah kondominium tertua di Bukit Antarabangsa, Ampang di Selangor.
Buat masa ini, tiada maklumat sekiranya mangsa telah membuat laporan polis tentang serangan yang menimpanya.
Topic Berkaitan
#mangsa
#merdcdes-benz
#pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan