MALAYSIA
Pemandu lori didakwa cuba bunuh anggota polis, langgar dengan pacuan empat roda

Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang keluar Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) ke Jalan Tun Razak, pada 9.05 pagi, 8 Ogos lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga mengalami kecederaan.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu lori, Muhammad Farhan Baharudin, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda di simpang keluar AKLEH ke Jalan Tun Razak pada 8 Ogos.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan; mangsa mengalami kecederaan di lutut, siku dan dada.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat melapor diri sebulan sekali di balai polis, dengan sebutan kes ditetapkan pada 6 Oktober.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan perlu menanggung isteri, seorang anak berumur enam tahun serta ayahnya yang sakit.
Hakim Izralizam Sanusi yang menetapkan sebutan kes pada 6 Okt ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami