awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori direman 3 hari, miliki 33 rekod saman

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
08/07/2022
05:00 MYT
Pemandu lori direman 3 hari, miliki 33 rekod saman
Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor tiba di Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari sekitar jam 10 pagi. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang terlibat dalam kejadian merempuh 11 buah kenderaan lain di Tambak Johor pada jam 9.25 pagi semalam dikesan mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, lelaki warga tempatan berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman tertunggak.
Pemandu tersebut kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Melody Woon Sze Mun.
Suspek yang berbaju hitam dan berseluar jeans itu tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari sekitar jam 10 pagi.
Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian jam 9.25 pagi semalam, pemandu lori berusia 34 tahun itu merempuh 11 kenderaan termasuk enam kenderaan bernombor pendaftaran asing.
BACA: Lori rempuh JB-Woodland: JPJ segera siasat, tindakan tegas akan diambil
Tiada kemalangan jiwa dilaporan, semua kenderaan mengalami kerosakan kecil.
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal lori yang membawa muatan habuk kayu itu.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#saman lampau
#saman tertunggak
#Raub Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan