awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori ditemui lemas, terjatuh dalam kolam tadahan ladang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/09/2023
23:30 MYT
Pemandu lori ditemui lemas, terjatuh dalam kolam tadahan ladang
Seorang pemandu lori ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam tadahan di Ladang Air Kala, Lenggong, petang semalam.
LENGGONG: Seorang pemandu lori ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam tadahan di Ladang Air Kala, dekat sini, petang semalam.
Mangsa yang berusia 32 tahun ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 petang.
Menurutnya, mangsa disyaki lemas selepas topi dan seliparnya ditemui di dalam kolam tadahan tersebut manakala lorinya masih berada di kawasan parkir tempat kejadian.
“Pencarian dijalankan segera secara carian dipermukaan dan selaman oleh pasukan penyelam di air.
“Mangsa berjaya ditemui pada jam 11.21 malam tadi pada jarak 50 meter dari lokasi dia dipercayai jatuh,” katanya dalam kenyataan di sini, awal pagi ini.
Menurutnya, mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Penolong Penguasa Bomba Farizul Anuar Razali tamat jam 11.40 malam.
Topic Berkaitan
#lemas
#kolam tadahan ladang
#pemandu lori lemas
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan