PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan hukuman mati kerana membunuh rakan sekampunnya dengan melanggar mangsa menggunakan kereta, lapan tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan menolak rayuan Azami Mohamad, 53, terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Rohadi Yaacob, 49.
Mahkamah juga menolak rayuan Azami terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana cubaan membunuh Zakaria Taib, 48, dengan menggunakan kereta Proton Gen 2 untuk melanggar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Hanipah berkata berdasarkan keseluruhan keterangan, mahkamah berpuas hati bahawa sabitan Azami atas kesalahan membunuh dan cubaan membunuh adalah selamat..
Beliau berkata hakim bicara tidak terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kes untuk mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Hakim Hanipah, bagaimanapun, membenarkan rayuan Azami untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam bulan kerana membuat laporan polis palsu di Balai Polis Permaisuri di Setiu, Terengganu, jam 6.29 petang, pada 2 Okt 2014.
Dalam laporan itu, Azami mendakwa ditahan dua mangsa menggunakan parang dan terlanggar mangsa ketika cuba mengelak.
Mengikut pertuduhan, Azami, seorang duda dengan tiga orang anak, didakwa membunuh Rohadi dan cuba membunuh Zakaria di jalan raya Kampung Jelapang, Sungai Tiong, Setia, pada jam 6 petang, 2 Okt 2014.
Pada 14 Julai, 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung terhadap Azami selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan hukuman penjara 10 tahun kerana cubaan membunuh dan enam bulan kerana membuat laporan palsu.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas dilanggar seorang lelaki dikenali gara-gara perselisihan faham mengenai penjualan lembu.
Sebelum kejadian itu, dua mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek di sebuah kedai kopi.
Ketika dalam perjalanan pulang, suspek bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa menggunakan kereta.
Rempuhan itu menyebabkan dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum menggilis mangsa dan terus melarikan diri.
Azami diwakili peguam Kamaruzaman A. Wahab manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Parvin Hameedah dan Nurul Farhana Khalid.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan hukuman mati kerana membunuh rakan sekampunnya dengan melanggar mangsa menggunakan kereta, lapan tahun lalu. - Gambar hiasan
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan menyembunyikan mesin juruwang automatik (ATM) emas Public Gold, baru-baru ini.
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
Polis kesan pemandu lori lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa."
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Nahas enam kenderaan: Pemandu lori positif dadah
Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Pemandu lori positif dadah rempuh empat kenderaan, seorang maut
Polis berkata akibat rempuhan itu seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan 10 kenderaan: Pemandu lori ditahan, positif dadah
Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan 10 kenderaan di Jalan Seremban-Tampin didapati positif dadah jenis methamphethamine.
Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Lelaki berumur 41 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berumur 12 tahun dan 13 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat.