DUNGUN: Seorang pemandu lori maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di kilometer (KM) 372 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Bukit Besi - Ajil di sini pada Khamis.
Nahas berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu menyebabkan pemandu lori kontena, Ibrahim Md Zali, 52, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila lori kontena dipandu mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah lori tangki ketika menukar lorong secara tiba-tiba.
"Insiden itu menyebabkan lori kontena terbabit terbabas lalu melanggar penghadang jalan sebelum terbalik manakala sebuah lagi lori (lori tangki) terbabas ke dalam gaung," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Jelas beliau, difahamkan ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Pahang menghala ke Kuala Terengganu.
Menurut Baharuddin, pemandu lori tangki iaitu Amir Firdaus Che Abdullah, 24, patah pinggang dan cedera kaki kiri.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut sementara mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 30 2023
Keadaan dua lori dalam kemalangan di KM 372 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Bukit Besi - Ajil di Dungun. Gambar kecil: Pemandu lori kontena, Ibrahim meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala. -Foto Sinar Harian
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut kemalangan di LPT2
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal jenis sama dan sebuah treler di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi.
Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.
Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Temui ajal ketika cuba bantu mangsa kemalangan
Niat murni seorang pemandu lori membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di LPT2.
Kanak-kanak maut nahas dua kenderaan
Nahas membabitkan kereta Perodua Kancil dan Perodua Alza di kilometer 323.4 kira kira jam 8 malam pada Isnin.
Peniaga maut elak langgar kereta tukar laluan secara mengejut
Seorang peniaga maut manakala isterinya cedera apabila kereta dipandu terbabas dalam kejadian di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada petang Rabu.
Pekebun maut motosikal terbabas di LPT2
Motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terseret sejauh 50 meter.