awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori kontena rempuh kereta positif dadah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/05/2024
00:50 MYT
Pemandu lori kontena rempuh kereta positif dadah
Pemandu lori kontena yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, malam tadi, sehingga menyebabkan kematian seorang mangsa didapati positif dadah jenis Amphetamine.
SUNGAI PETANI: Pemandu lori kontena berusia 31 tahun yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sidam Kiri, di sini, malam tadi, sehingga menyebabkan kematian seorang mangsa didapati positif dadah jenis Amphetamine.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian semalam, seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, di sini.
Mangsa, Siti A'isyah Idris, 23, yang bekerja sebagai ahli farmasi di sebuah hospital swasta meninggal dunia di tempat selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Sementara penumpang sebelah kiri berusia 23 tahun yang bekerja di kantin sekolah kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami cedera parah di badan dan kaki.
“Hasil siasatan awal mendapati kereta Toyota Yaris yang dinaiki dua wanita sedang bergerak dari arah Sungai Petani ke Kulim manakala lori kontena terbabit datang dari Kulim menghala ke Sungai Petani.
“Setiba di tempat kejadian, pemandu lori kontena itu dipercayai cuba mengelak sebuah motosika gagal dan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta,” kata Wan Azharuddin dalam kenyataan.
Wan Azharuddin berkata, mangsa yang maut di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, untuk bedah siasat dan rakannya yang cedera turut di tempatkan di Zon Merah hospital sama untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu lori kontena
#positif dadah
#lori kontena rempuh kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan