Skip to main content

Malaysia

Pemandu lori maut dihempap papan tanda

41654810719_PemanduLoriMaut.jpg
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang pemandu lori jenis Hino yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan susur keluar ke Icon City pada jam 11.20 pagi, Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu berkenaan dipercayai telah melanggar papan tanda yang mempunyai ketinggian tidak melebihi 2.1 meter.

โ€œAkibat perlanggaran tersebut papan tanda patah dan menghempap bahagian hadapan lori tersebut.

โ€œPemandu merupakan seorang lelaki warganegara asing berumur 59 tahun disahkan maut di tempat kejadian,โ€ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

โ€œKepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-253 6820 bagi membantu siasatan," katanya.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.




Advertisement

Must Watch Video