awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut ditimpa papan tanda jalan di Relau

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/09/2022
10:18 MYT
Pemandu lori maut ditimpa papan tanda jalan di Relau
Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang patah dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, Jalan Relau, Bayan Baru, Pulau Pinang, pada Rabu. - Gambar ihsan JBPM
BAYAN BARU: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang patah dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, Jalan Relau, di sini, pada Rabu.
Mangsa, S. Kumaravelan, 48, tersepit di tempat duduk pemandu selepas ditimpa penghalang besi papan tanda setinggi 2.5 meter.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lori dipandu mangsa memasuki laluan yang dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja sebelum berlanggar dengan besi penghadang.
Akibat perlanggaran itu, besi penghadang terbabit dikatakan tumbang dan menghempap bahagian depan lori.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang , Khairul Anuar Abd Rahim berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.
Sebaik tiba pihak bomba mendapati sebuah lori Nissan telah melanggar papan tanda jalan tersebut.
Menurutnya, ketika anggota bomba sampai lelaki itu sudah tidak sedarkan diri dan pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.46 petang dan pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang,” kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut
#ditimpa papan tanda jalan
#relau
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan