awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori nahas trak FRU mengaku tidak bersalah curi lembu

Bernama
Bernama
20/05/2025
05:37 MYT
Pemandu lori nahas trak FRU mengaku tidak bersalah curi lembu
Rudi Zulkarnain dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dua ekor lembu, bulan lepas. - Gambar/ Bernama
TELUK INTAN: Pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dua ekor lembu, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Rudi Zulkarnain, pemandu lori yang sebelum ini dituduh menyebabkan kematian sembilan anggota FRU, kini berdepan pertuduhan baru kerana memindahkan dua ekor lembu curi di Hutan Melintang.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Jun.
  • Rudi kini menghadapi 10 pertuduhan termasuk kes kemalangan maut FRU dan tidak mempunyai pendapatan kerana lesen memandunya telah digantung.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memindah hantar yang disedari sebagai harta curi, iaitu seekor lembu jantan warna hitam baka KK Cross dan seekor lembu jantan warna putih baka Brahman milik Rozali Ismail, 66, dari tempat asal iaitu di kebun Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang di sini.
Kesalahan itu dilakukan di Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang di sini pada pukul 6 petang, 14 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap lelaki itu.
Peguam Mohd Hafizuddin Khan Norkhan yang mewakili Rudi Zulkarnain, memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya berdepan 10 pertuduhan termasuk kes kemalangan yang membabitkan anggota FRU, selain tertuduh tidak mempunyai pendapatan kerana lesen telah digantung dan kedua-dua lembu tersebut telah diserahkan kepada mangsa.
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan lelaki itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU, 13 Mei lepas.
Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut dan jaminan berkenaan dibayar oleh majikannya dengan seorang penjamin semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas trak FRU
#pemandu lori
#curi lembu
#kes jenayah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami