awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin
Bangunan baharu HSJ bukti komitmen kerajaan perkukuh sistem penjagaan kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori sampah larikan diri selepas kemalangan di Plaza Tol Puchong Selatan

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/10/2025
05:41 MYT
Pemandu lori sampah larikan diri selepas kemalangan di Plaza Tol Puchong Selatan
Insiden kemalangan lori sampah terbabas dan merempuh tembok di Plaza Tol Puchong Selatan berjaya dirakam dashcam pengguna jalan raya. -Foto media sosial
PUCHONG: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai melarikan diri selepas lori sampah yang dipandunya terbabas dan merempuh tembok di Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bukit Puchong, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga Indonesia melarikan diri selepas lori sampah yang dipandunya terbabas dan merempuh tembok di Plaza Tol Puchong Selatan, menyebabkan kelindan warga Bangladesh cedera.
  • Polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Orang awam diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang melibatkan sebuah lori Isuzu seberat 10 tan yang sedang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Bukit Puchong.
“Siasatan awal mendapati lori tersebut hilang kawalan ketika menghampiri plaza tol sebelum terbabas dan melanggar tembok di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kelindan lori, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat kemalangan itu.
“Pemandu lori berkenaan melarikan diri sejurus selepas insiden berlaku dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” tambah beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#melarikan diri selepas lori sampah yang dipandunya terbabas
#kecederaan di kepala dan muka
#terbabas dan melanggar tembok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami