awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori warga Malaysia ditahan, terlibat kemalangan maut di Danok

Bernama
Bernama
18/03/2018
22:19 MYT
Pemandu lori warga Malaysia ditahan, terlibat kemalangan maut di Danok
Warga Malaysia berusia 55 tahun itu kini ditahan di Balai Polis Sadao dan akan didakwa kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian. - Gambar hiasan
Seorang pemandu lori tangki warga Malaysia ditahan Polis Thailand selepas kenderaannya terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah.
Ketua Polis Sadao Kol Seksan Kaewsawang berkata, kejadian berlaku di Danok kira-kira 7 pagi Ahad (waktu tempatan) ketika lori tangki terbabit sedang membelok.
"Ketika pemandu itu sedang membelok lorinya di salah sebuah jalan raya, tiba-tiba kenderaannya dirempuh dengan kuat oleh motosikal dinaiki dua orang. Penunggang motosikal itu mati ditempat kejadian," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Nai Pian Nunnoi, 49 meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badannya manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah pula dikejarkan ke Hospital Sadao untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Seksan, warga Malaysia berusia 55 tahun itu kini ditahan di Balai Polis Sadao dan akan didakwa kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#cuai
#kemalangan
#Malaysia
#mati
#meninggal dunia
#polis
#Sadao
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan