awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk pertama didakwa di bawah akta pindaan baharu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/10/2020
03:42 MYT
Pemandu mabuk pertama didakwa di bawah akta pindaan baharu
Saw dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. - Astro AWANI
GEORGE TOWN:Seorang juruteknik komputer menjadi individu pertama di Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, mengikut pindaan baharu Akta Pengangkutan Jalan berkaitan pemandu mabuk, yang berkuat kuasa Jumaat lepas.
Tertuduh, Saw Yen Yew, 21 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol Ahad lepas, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.
Mengikut kertas pertuduhan, Saw didakwa menunggang motosikal melebihi kadar alkohol yang ditetapkan iaitu 125mg alkohol dalam 100ml darah, di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada jam 2.55 pagi 25 Okt lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwaan Trafik Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Ismail Mohamad.
Mohd Ismail dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan jaminan yang setimpal berikutan Saw baru mendapat pekerjaan sebagai juruteknik komputer, selain masih muda.
Rosnee kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November depan sebagai tarikh sebutan semula.
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#alkohol
#juruteknik komputer
#Mahkamah Majistret
#pulau pinang
#hilang kelayakan
#lesen memandu
#ikat jamin
#jaminan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#pindaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan