Pemandu maut, 40 penumpang cedera dalam nahas tren pelancong di Machu Picchu

Rakaman video tular menunjukkan kedua-dua lokomotif remuk dengan tingkap pecah dan sisi gerabak kemek. -Foto Reuters
LIMA: Seorang pemandu tren maut manakala sekurang-kurangnya 40 penumpang cedera selepas dua tren pelancong bertembung secara berdepan di laluan sempit menuju ke tapak arkeologi terkenal Machu Picchu, Peru, pada Selasa waktu tempatan.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu tren maut dan sekurang-kurangnya 40 penumpang cedera selepas dua tren bertembung di laluan sempit menuju Machu Picchu, Peru.
- 20 daripada mangsa cedera dilaporkan parah dan dihantar ke hospital berdekatan.
- Polis Peru mula siasat punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian atau kegagalan sistem komunikasi, yang mencetuskan kebimbangan keselamatan pengangkutan pelancong di kawasan pergunungan Andes.
Seramai 20 daripada mangsa cedera dilaporkan parah dan dihantar ke hospital berdekatan.
Rakaman video tular menunjukkan kedua-dua lokomotif remuk dengan tingkap pecah dan sisi gerabak kemek.
Polis Peru memulakan siasatan terhadap punca kemalangan termasuk kemungkinan kecuaian atau kegagalan sistem komunikasi di laluan rel tunggal yang sering digunakan pelancong ke Machu Picchu, destinasi warisan dunia UNESCO.
Perkhidmatan kereta api digantung sementara bagi kerja menyelamat dan siasatan.
Kedua-dua pengendali, PeruRail dan Inca Rail, komited bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Kementerian Luar Amerika Syarikat (AS) turut mengesahkan bahawa beberapa warganya termasuk dalam kalangan mangsa yang cedera, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaan mereka.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pengangkutan pelancong di kawasan pergunungan Andes yang bergantung kepada laluan rel sebagai akses utama ke tapak warisan dunia UNESCO itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah penumpang yang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua tren di Machu Picchu, Peru? A: Sekurang-kurangnya 40 penumpang dilaporkan cedera, di mana 20 daripadanya dilaporkan parah dan dihantar ke hospital berdekatan.
- Q: Apakah punca kemalangan dua tren di Machu Picchu, Peru? A: Polis Peru sedang menyiasat punca kemalangan termasuk kemungkinan kecuaian atau kegagalan sistem komunikasi di laluan rel tunggal yang digunakan pelancong ke Machu Picchu.
- Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh kedua-dua pengendali tren, PeruRail dan Inca Rail, selepas kemalangan? A: Kedua-dua pengendali tren, PeruRail dan Inca Rail, komited bekerjasama dengan pihak berkuasa dan perkhidmatan kereta api digantung sementara bagi kerja menyelamat dan siasatan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

