Seorang pemandu maut tersepit di bawah lori apabila lorinya terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah lori lain di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan malam ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.05 malam.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan empat buah lori berlanggar,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 33 tahun dijumpai berada di bawah lori yang membawa makanan dan dipercayai dalam perjalanan ke Selangor.
Menurut jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 23 2020
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 33 tahun dijumpai berada di bawah lori yang membawa makanan. - Foto JBPM
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.
Pembakaran sengaja punca kebakaran terbuka tujuh lokasi di Sabah
Pembakaran sengaja oleh pemilik ladang dan kebun dipercayai punca berlakunya kejadian kebakaran terbuka di tujuh lokasi di Sabah pada masa ini.
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.
Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.
JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara
JBPM diarah melakukan operasi besar-besaran untuk memeriksa dan memastikan pili bomba di seluruh negara berada dalam keadaan baik.
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, di Klang pada Selasa.
Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan
Mayat mangsa kedua daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit di Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui.
Bomba Perak tempatkan pasukan di empat plaza tol semasa Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menempatkan anggota dan jentera di empat plaza tol di negeri ini sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini.