MALAYSIA
Pemandu maut, kereta terbabas di lebuh raya PLUS berhampiran Yong Peng

Mangsa yang dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor dari Rembau, Negeri Sembilan dilaporkan memandu seorang diri ketika kemalangan berlaku. - Foto IPD Batu Pahat
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Yong Peng, pada pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM115 Lebuhraya PLUS berhampiran Yong Peng, kira-kira jam 7 pagi Isnin.
- Mangsa dipercayai memandu seorang diri dari Rembau ke Pasir Gudang; disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pagoh.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; polis minta saksi tampil bantu siasatan dan ingatkan pemandu supaya memandu berhemah.
Mangsa yang dipercayai dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor dari Rembau, Negeri Sembilan dilaporkan memandu seorang diri ketika kemalangan berlaku.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi di Kilometer 115 lebuh raya berkenaan.
“Kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di kawasan jalan berselekoh sebelum melanggar pembahagi jalan. Pemandu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pagoh.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami