awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kereta terbabas ketika cuba potong lori balak

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2021
23:00 MYT
Pemandu maut, kereta terbabas ketika cuba potong lori balak
Kereta dipandu mangsa yang melanggar pembahagi jalan selepas terbabas di KM 357.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2, Dungun pada Ahad.(Gambar kecil:Baharudin)
DUNGUN: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terlanggar belakang sebuah lori balak ketika memotong kenderaan berat tersebut sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, Chow Soon Khong, 21, yang memandu kereta Jenis Toyota Camry 2.0 dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.
"Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori balak jenis Volvo FMX440 yang ketika itu sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya dari arah yang sama.
"Bagaimanapun, dalam cubaan memotong, kereta dipandu mangsa terlanggar belakang kenderaan berat tersebut, sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan lebuh raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Baharudin berkata, mangsa yang juga kakitangan swasta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan berat berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chow Soon Khong
#Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2
#terlanggar belakang lori balak
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan