ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala tujuh penumpang kenderaan itu cedera selepas melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 220.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pemandu bas ekspres terbabit Zulkarnain Jalil, 41, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata daripada tujuh penumpang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu, dua dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, manakala lima orang dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Hasil siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke Senawang, Seremban, manakala bas ekspres pula dalam perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dengan membawa 30 penumpang.
"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres berkenaan melanggar belakang treler terbabit yang dipandu di lorong kanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arshad berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, penumpang bas yang tidak mengalami kecederaan pula meneruskan perjalanan ke TBS menaiki bas gantian yang disediakan syarikat bas ekspres terlibat.
Kemalangan itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Keadaan bas ekspres yang melanggar belakang treler di KM220.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara awal pagi tadi. -Foto Sinar Harian
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Aksi tunggang motosikal secara berbahaya tular, lelaki diberkas
Semakan mendapati suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan selain melakukan aksi zig-zag.
Pemandu maut nahas bas ekspres rempuh treler
Pemandu bas ekspres yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Lelaki maut selepas dilanggar bas ekspres di KM115 Lebuh Raya Utara Selatan
Seorang lelaki maut dilanggar bas ekspres selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya di Kilometer 115, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
Pemandu lori maut nahas, ditimbus pasir
Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok kelapa sawit di situ.
Dua sahabat maut, trak pikap terjunam dalam sungai
Mayat kedua-dua mangsa iaitu, Eh Bau Eh Di, 43, dan Eh Heak Eh Yek, 54, ditemukan jam 10.54 pagi pada jarak 27 meter dari tebing tempat trak pikap mereka dilaporkan terjatuh.
Bas panjang lebih efisien, kadar pelepasan karbon lebih rendah - Anthony
Model bas berkapasiti tinggi jenis dua tingkat, -Long Bus Double Deck- (LBDD), Ekspres Mutiara yang dibina dari casis Scania dengan panjang 13.5 meter yang dilancarkan hari ini memenuhi kriteria itu.
Kanak-kanak perempuan maut digilis lori
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga di sini pada Khamis.